Bimbingan Awal Untuk Ibubapa/Penjaga
Beritahu klinik berhampiran dalam masa 24 jam selepas keluar dari hospital supaya jururawat dapat melawat ibu dan bayi di rumah dalam masa beberapa hari akan datang.
Susukan bayi anda sepenuh masa dalam masa enam bulan pertama dan teruskan penyusuan ibu sehingga anak berumur dua tahun. Kerap membuang air besar adalah normal bagi bayi yang diberi susu ibu.
Bayi anda mungkin mengalami jaundis dalam beberapa hari selepas lahir. Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin apabila jaundis dikesan. Jangan jemur bayi anda.
Pastikan tali pusat bayi anda bersih dan kering.
Ibu mesti membasuh tangan selepas menukar lampin bayi.
Rasa suhu air sebelum memandikan bayi anda. Sentiasa isikan besen mandi dengan air sejuk dahulu sebelum air panas.
Dapatkan imunisasi untuk bayi anda mengikut jadual untuk melindunginya daripada mendapat jangkitan yang teruk.
Daftar kelahiran bayi anda dalam masa 14 hari

No comments:
Post a Comment