Wednesday, March 28, 2012

Bunga Buat Ibu... I love You..



Bacalah kisah ini perlahan-lahan supaya faham dan dapat menghayatinya.

==================================

Aku terlanggar seseorang yang tidak dikenali semasa berjalan,
'Oh maafkan saya, saya tak perasan'....

Katanya 'Maafkan saya juga, saya tak nampak tadi'...

Kami amat sopan dan saling menghormati.

Kami melambai tangan sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya.

Bagaimana kita melayan orang tersayang, baik yang tua mahupun yang muda?

Lewat petang, ketika menyediakan makan malam, anak bongsuku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.

Jerkahku, 'Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh!'

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan sedih.

Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus berbisik.

'Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri, tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci'

'Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

'Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu'

'Dia berdiri senyap untuk memberikan kejutan, sedarkah kamu airmatanya yang datang bertamu'

Pada saat ini, aku merasa amat pilu sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap aku kebiliknya, dan melutut di katil,

'Bangunlah anakku, bangunlah si kecil ibu'

'Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?'

Dia tersenyum, 'Adik terjumpa di belakang rumah dalam semak'

'Adik memetiknya kerana bunga-bunga tu cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

'Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,ibu tak patut menjerkah kamu tadi'

Katanya,"Tak mengapa, saya tetap sayang ibu melebihi segalanya'

Bisikku, 'Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu'

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak... Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

No comments:

Post a Comment