PERTAMA
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh
kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang
tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh
kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan
menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh
tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. "Perintahkanlah anak-anak
kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana
meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka
(anak-anak kamu) di dalam tempat tidur." - Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur
7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah
seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang
muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah
SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah
dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR
penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua
sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam
berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan
satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar
anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam
keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh
melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat
perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak
tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang
pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan,
bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur
14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun
sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu
bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan
ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan
orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan
pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara
didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak
sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak
adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga
anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam
kepada ibu bapa.
Sekiranya sebelum ini anda leka....Ianya masih BELUM
TERLAMBAT...ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT....kerana ianya
kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini...
Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama,
barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa
yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” - Hadis riwayat Al-Bahari dan
Muslim
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu
Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan
berpuasa di bulan Ramadhan.” - Hadis Riwayat Muslim
sumber dari facebook
No comments:
Post a Comment