Monday, August 13, 2012

Raya oh Raya

Hari ni dah 24 Ramadhan 1433H. bermakna dah 24 hari puasa. tinggal lagi 5 hari untuk menyambut Syawal. Teruja sangat nak sambut raya tahun ni. sebabnya tahun ni balik beraya di Kelantan. Balik kampung oooooo balik kampung.... wah!!

Walau apapun raya pertama di kampung kanda, belah malam nya baru gerak balik kelantan ... hurrmmm tak kisah la .... asal dapat balik. dah terbayang macam-macam dh kat kampung tu .... segala nostalgia zaman bujang satu-satu datang ke minda. hati dah rasa sayu semacam dah. yang penting aku nak ke pusara arwah ayah dan arwah mak. rindu suasana raya kat kampung, rindu nak dengar takbir raya kat kampung... rindu nak berkumpul adik beradik. walaupun dah tak sama macam dulu tapi apa yg ada perlu dipertahankan. dengar lagu raya je hati rasa melonjak-lonjak. kalau leh time ni jugak nk ada tercongok kat kampung halaman. boleh kah???

Huuurrmmm persiapan raya tahun ni sederhana saja, macam dulu-dulu jugak. aku tak pernah beria bab persiapan raya. baju aku dan kanda dah lama siap. baju melayu kanda tahun lepas lg dh siap. baju aku plak sebelum ramadhan dh siap. tinggal nk touch-up aje sikit dengan manik. last week siap jahit manik kat baju kurung. lega sangat !! so kitorg dh x fikir lg tentang tu sume. last minit ni je duk cari baju untuk baby qa'id. warna tema tahun ni hijau. so, asal kaler hijau aje, semua boleh. alhamdulillah, jumpa baju baby kaler hijau. so dh sedondon kami anak beranak. gud gud !!

Persiapan kueh raya pulak, tahun ni selamat duit poket. aku tak perlu keluarkan duit tuk beli kueh raya. sebab pengalaman tahun lepas telah mengajar aku, sume  tu tak perlu. sebab family in-law akan buat kueh sendiri. aku hanya tolong aje. Alkisahnya, sebelum raya lagi kueh tu sume habis licin. hah hhah hahah hah hah hahah buat kueh tuk raya tapi makan selepas berbuka. kih kih kih ..

Haduiihhh ... minggu ni memang mood raya. dah memang malas dh nak buat keje. duk fikir nak packing barang balik kampung aje nih. hehhehehheh. semoga perjalan kami selamat pergi dan selamat sampai dan juga selamat kembali. InsyaAllah ....

Sambung cerita lepas raya plak ... cekidauuutt !!

No comments:

Post a Comment