Wednesday, October 3, 2012

only me mysel and i

Assalamualaikum wbt. 

Rasa macam nak merapu kat blog sendiri sekejap. nak luahkan kat tempat lain, x sesuai. nasib baik la ada blog picisan ni. hukhuk ... org duk cakap tentang berubah, penghijrahan, merdeka .... ada kena mengena ke ??? tak kisah la apa pun .... sedar atau tidak semua tu berlaku secara suratan atau kebetulan dalam hidup aku. 

After berkahwin dunia aku hanya lah berkisar dengan anak dan suami serta family mertua aje la.... errr family-in-law??? sebabnya aku duk stay serumah dengan diorg. kalau stay rumah sendiri mungkin diorg tak masuk list la kan. itu cerita lain. skang ni nak cerita lain ....

Selepas kahwin satu fasa kehidupan bermula, itu dah lepas dan continuos ever after. selepas dah ada anak sorang , satu lagi fasa kehidupan. yg ni kira sedang berlaku sekarang la. banyak perubahan berlaku dalam hidup aku. perkara yg dulunya jadi penting, bertukar jd tak penting, dan benda penting jadi makin bertambah pulak. contohnya anak la kan. semakin hari, duk fikir tentang anak je. fikir kan keadaan anak sekarang dan akan datang. masa depan anak pun kena fikir juga la kan. 

Kemudian suami, sebagai isteri dh jd tanggungjawab menjaga kebajikan suami, sebabnya syurga isteri di bawah telapak kaki suami. apa sahaja yg isteri buat kena la mendapat keizinan suami, jaga hati suami, jaga rumahtangga dan macam2 lgi la. ianya berterusan dan takkan habis.

Duk fikir tentang anak dan juga suami sampai lupa tentang diri sendiri. itu la pengorbanan seorang isteri dan juga ibu serta seorang wanita. diri sendiri dah tak fikir, apa nk jadi fikir lain kali. sadis sungguh. tapi dalam hati hanya diri sendiri je yg tahu. kadang tu rasa juga nak pampered diri sendiri. tapi memang peluang tu belum muncul lg. agaknya bila masa tu akan muncul. 

Terfikir juga di benak aku ni, adakah mereka ini sentiasa fikirkan aku dalam setiap perbuatan dan pemikiran mereka???? nk juga tahu .... itu yg aku duk merapu raban di petang hari ni !!!!

Sebenarnya diri aku semakin tak terurus dibuatnya. terutama kesihatan. penting tu kesihatan, sebabnya aku ni wanita, nk kena jaga dunia .... dunia aku ialah suami dan anak, kalau aku tak sihat, mereka akan terabai .... so aku sekarang betul2 kehausan sumber tenaga ... aku perlukan sumber kuasa tuk generate my body and soul .... so bila my body and soul perfect, baru la aku boleh uruskan dunia aku dengan hebat ..... 

Memangla aku tak jatuh sakit dan kesakitan yg aku alami tidak dapat dilihat dengan mata kasar. tetapi setiap hari aku merasai my body and soul semakin down, loose dan hilang arah ..... demotivated .... urghhhh

Aku harap dapat curi satu masa tuk diri sendiri ..... only me myself and i !!! 

No comments:

Post a Comment